Tuesday, 5 May 2015

Katalog Tupperware terbaru : May 2015

Katalog Tupperware bulan 5 dah sampai dah. Banyak barang baru dan promosi menarik.
Jom cuci mata. Kalau ada yang menarik bolehlah whatssap kami di alamat berikut utk harga yg menarik.

Siti Aisyah : 010-2881242
Hasmah : 013-3943612

























Jangan lupa untuk like facebook page "Hasmah Tupperware".

Terima kasih

Sunday, 26 April 2015

Pusat Akuatik Darul Ehsan

Akhirnya, dapat juga merasa pergi kolam renang. Bukan jauh pun Shah Alam dan Klang, tapi ada saja halangan untuk sampai ke sini. Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) ini terletak bersebelahan Tesco Seksyen 13, Shah Alam dan mudah saja jalan nak ke sana. Kami pergi pada hari biasa, lepas habis kelas terus berkejar ke sini.
Kolam yang disediakan ada 2 jenis, luar (outdoor) atau dalam (indoor pool) yang mana kolam dalam adalah jenis kolam olimpik dan sesuai untuk orang dewasa. Ada 2 'indoor pool' dan 2 'outdoor pool'. Bagaimanapun, 1 'indoor pool' adalah untuk mereka yang berlatih 'diving'. Walaupun, kolam luar adalah untuk kanak-kanak, tapi disebabkan diri ini tak pandai berenang, jadinya berenang sekalilah dengan budak-budak juga. Dari segi kebersihan air kolam, sangat memuaskan. Bersih, dan ada orang yang selalu lap lantai untuk mengelakkan lantai licin.

 Menariknya pergi hari biasa adalah tak ramai orang, yang datang pun kebanyakannya kanak-kanak yang ada kelas berenang. Dan kelas berenang memang ada disediakan di sini,untuk kanak-kanak sampailah orang dewasa. Untuk persendirian (one-to-one) ataupun berkumpulan.

Sampai saja, berborak dulu dengan 'coach' renang di situ. Katanya, caj untuk orang dewasa berkumpulan (maksimum 7 orang) adalah RM 90 sejam. Hari isnin sahaja mereka tidak beroperasi. Peraturan macam biasalah, wajib memakai pakaian renang.
Kebersihan tandas berada pada tahap 'okay' lah, masih lagi memuaskan, cuma tiada perkhidmatan locker atau tempat simpanan barang. Maka, haruslah berhati-hati menjaga barang peribadi masing-masing. Di luar kolam, ada kedai barangan renang dan juga gerai makanan.

Pada saya, memang tempat yang menarik dan berbaloi-baloi untuk beriadah, bersenam dan juga habiskan masa dengan keluarga.